Sunday, October 10, 2010

hari ini 10.10.10
hari yang bersejarah. orang buat hari ni hari kawin la harijadi la hari kenduri la. tapi hari ni bersejarah jugak. ayah begitu rajin jerang air smpi 2 priuk besar atas dapur. ibu seram sejuk je sebab periuk tu sangat besar sampai tak seimbang dgn tungku. hai tentulah aliran haba panas tu dok kat situ je kan. tak boleh kluar dri bwh tungku tu. tapi malas nak tgur ayah sbb ayah slalu buat apa2 jarang nak fikir dulu. maklumla sangat rajin. biarkan je la. pas tu ibu ke dapur. tutup api air yg dah mendidih di periuk yg lebih kecil. pastu jgh2 pti ais nak cari ais. maklumla cuaca arini panas sangat. tiba2 pop diikuti dgn deraian kaca pecah bertaburan. ibu toleh kat dapur. fuyooooooooooo terbakar sih dapur ibu. tp ibu tak panik. ayah kluar sari bilik ingatkan ibu kna air panas ke hapa ke. ibu pun terus tutup alat atur gas.

ayah ambik air terus siram dapur yang sedang terbakar. ala sikit je terbakarnya tu. lepas tu barula ibu pok pek kan ayah.
" tu la yah. buat apa2 tak nak fikir. main taram je. periuk tu dahla besar berat pulak tu sbb pnuh dgn air. "
ayah kata " a`ah ek. abang tak terfikir"
ala biasa latu. selalunya i do the thinking. and i do the talking also. maklum je la suamiku tu org paling lurus sedunia

Thursday, October 7, 2010

gerammmmmmmmmm

7.10.2010- kwn ayah yang nama man uban telah pinjam kereta ayah. nak beraya katanya. kita pyn ok je lah. pastu dia balik lbih kurang jam 12 mlm lebih. tapi napa dia tak balik trus. mcm ada sesuatu. tetiba ayah masuk bwk meja belajar portable simpan dlm bilik abang. ingatkn satu ke dua bbuah meja je jadi ibu pun biarkan je la. tanya dgn ayah buat apa meja tu. ayah kata abng man nak tumpang. skali kluar masuk bwk bnda yang sama smpai 27 buah kesemuanya. what the hell. ibu pun tnyala dgn man uban ni nak buat apa letak kat sini. dia kata rumah dia sempit.

mendidih darah ibu. klau dah tau rumah tu sempit wat pa nak ambik bnyk2 pastu ltak kat rumah kita kan. dah la tu. tak mintak izin nak ltak. balik dri beraya tu trus ckp dgn ayah nak ltk brg. ayah terpaksalah cakap ya. walaupun tgok muka dia dah merah padam. pas tu ibu cakap bilik tu untuk disewa. orang bangang macam tu mana reti kia bahasakan dia. pastu ibu confront ayah. ayah kata dah dia bwk takkan nak ckp tak boleh plak. ibu cakap jgn smpai aku sndiriyang ckp dgn dia.

yang sdihnya ayah ckp napa awak ni. tak miskin la ltak brg tu kt rumah kita. itu dah menghina ibu nampaknya. pas tu dia ckp taula rumah ni rumah awak. ibu kata kalau dah tau rumah tu rumah aku apasal buat apa2 tak cakap dgn aku. pas tu ayah bengang. dia duduk tgok tv kat luar.
merajuk muncung mcm abang.

sebenarnya ibu tak kisah sangat pun psl benda2 tu. benda tu tak berdosa. tapi si setan man uban tu dah pijak2 kepala laki aku. tak respek langsung dengan laki aku. ingat ni rumah mak bapak dia suka2 hati dia nak buat apa kat rumah aku. dan seperti biasa ayah akn cover malunya kerana sikap kawan yang sangat durjana dan celaka tu. dan seperti biasa jugak ibu mengatur strategi untuk mengembalikan keadaan back to normal la kata org putih.

keadaan ini membuatkan aku semakin bosan untuk berbuat baik dgn orang. ibarat peminta sedekah. kita bagi sedekah pastu dia nak duduk dgn kita plak. sebab rumah dia sempit. boleh gitu. sepatutnya bila dah bagi sedekah tu ubahla nasib sendiri. ini tidak. ambil kesempatan pulak dgn baik org. nauzubillh............. semoga aku tidak menjadi orang yang suka ambil kesempatan. insyaallah

Friday, July 23, 2010

RICE COOKER GAJAH

Hari ahad ni kawan ayah nak tumpang rumah tuk buat makan2. Hai semenjak pindah ni dia orang macam seronok pulak nak lepak2 kat rumah. Kadang seminggu atau 2 minggu sekali dia orang buat majlis. Tapi ibu dan ayah tak kisah pun. Sebab terasa la rumah tu berorang. Kalau tak jiran2 asik tanya, "abang tak da kat rumah ke. Gelap je". Camna nak terang kalau most of the time ibu tinggal sorang2. Lately abang ada kat rumah. Berdua la kami. Ayah dengan rutin biasa. Mengeteh.
Oleh kerana agak kerap juga kami masak tuk kawan2 dan keluarga, kami tlah ambil keputusan tuk beli rice cooker yang lebih besar. Mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. bukan lebih besar tapi besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr punya.Ayah beli rice cooker untuk 50 orang punya makan. Macam orang nak meniaga la plak. Padahal masak nya tu sebulan sekali pun ntah ada ntah tidak. Tapi rice cooker tu kira alah membeli menang memakai la. Kalau tak pakai boleh simpan bukannya basi pun. Lebih2 lagi 2 minggu lagi ayah nak buat kenduri. Berguna jugakla rice cooker gajah tu.
Tapi ibu sayu hati pulak sebab masa buat kenduri tu kakak tak ada. Kakak jauh bolehla dimaafkan tapi adik ayu pun tak ada. Tu yang tambah sedih. Dia kat sini je. Tapi tak boleh balik.
Nampaknya kutelan sajalah kehibaan ini.

Tuesday, July 20, 2010

AKHIRNYA

Akhirnya dapat jugak on line dari rumah. Dapat jugak mengisi masa borak2 dgn kakak, maksu and kawan2. Tapi lama2 boring pulak. Ayah pulak asik bukak blog pasal pokok anggur dia je. Hai tak lama lagi penuh pokok anggur la rumah kita ni. Bukan tanam anggur xkeje..

Monday, June 21, 2010

HANYA UNTUKMU

3 jun hari jadi abang. 6 jun hari jadi ibu. selamat hari jadi ibu. he he he. wish tuk diri sendiri. ank to kjam kawin pun pada 6 jun jugak. 13 jun anto adik ayu balik asrama. sbb 14 jun dia brtolak ke trolak perak. asik brjlan je ank dara aku ni. 13 jun jugak kami brtolak ke kl. tidor rumah pakngah. esoknya 14 jun kami ke hkl melawat makuda. mudah2an makuda tabah menerima ujian tuhan. harap2 keluarganya redha menerima ketentuannya. sungguh setiap penyakit datang daripada Allah kembali juga kepada Allah. Di setiap kejadian ada rahsia Allah yang tidak dapat kita singkap.Semoga rahmat Allah tidak pernah surut. Amin ya Rabbal Alamin

Tuesday, March 2, 2010

semangat baru

minggu ini ibu rajin btul nak gi kerja. kalau sebelum ni, liat nak gi kerja, rasa nak brenti kerja tapi sekarang ibu dah bersemangat nak gi kerja. Rasanya kalau ayah ambik tepat pada masanya pun ibu rasa geram sebab ibu dah boleh online kat sekolah. Yiihhhaaaaaaaaaaaaaaaa. Best nya tak terasa masa cepat berlalu. Sampai bebudak tnya makcik ni asik belek pc je... Dia orang geram sebab kekadang ibu lmbat lyn. Padan muka dia orang kan. Tapi pukul 11.00 dah kna balik sbb my chauffer dah ready hon. tp walau apa pun ibu happy sekarang nak gi kerja.

Monday, March 1, 2010

macam2 hal

semalam 1.3.10, ibu & abng gi angsna. gi badan cemerlang bli buku psal tnaman, buku citer & buku men gitar. then kita pegi kedai kain gulati`s bli kain tuk baju raya. dptla warna oren dan warna purple. pastu kita pgi jusco tebrau. abang bli sndal crocs. hari2 asik pkai slipar jpun je. mcm anak terbuang je. harga sandal tu rm200+. siap pesan hilangkan la lagi kasut mahal2. len kali klau ada org nak pkai keta ayah kosongkan segala isi dlm keta tu. klau tak, ada je yg lsap. ya la tak nak la pisang berbuah2 kali kan. nak tuduh tak nampak. tapi klau fikir kasut tu hilang lpas org tu pkai keta ayah tntulah he was the strong suspect kan. nak bli kasut dahla mahal. ingatkan bli yg berkualiti biar thn lama. rupanya ada yg berkenan.
2 ke 3 hari lpas, kwn baik ayah dtg rumah. pulangkan grinder yang dah rosak. kalau tak rosak tak pulang agaknya. pernah ibu tnya ayah sbnarnya grinder tu sapa yg punya sebab tiap kali nak guna kna mintak kat dia. ayah kata ayah punya. sakitnya hati bila kita plak yg jadi peminjam barang sendiri. bila dia pulangkan dlm keadaan rosak ibu cakapla dgn ayh napa dia tak btulkan. ayah kata awk bnda mcm tu pun nak berkira. sakit lagi hati. ini bukan masalah berkira. ini masalah tanggungjawab. tapi seperti biasa kawan2 ayah memang tak bleh di komen. ibu juga yang selalu buruk, berkira, kedekut dan yg tak baik tu semuanya ibula. ibu hanya mengurut dada menahan rasa sambil berharap agar ank2 nanti tidak bersikap kurang bertanggungjawab pada harta benda orang lain.aminnnnnnnnnnnnnnnnn

Sunday, February 28, 2010

the hot sunday

hari ini sunday 28 march 2010. Kami gi melawat adik ayu. pukul i.00 bru smpi. aduhaiiiiiiiiii. whatta hot sunday. kereta beraircon smpai maxima pun tak dapat menghalang kepanasan dri menyusup kedlam kepala otak ni. rasa macam nak cair jadinya. smpi sana adik ayu nangis.
alamak nangis lagi. rupanya dia mimpi aspuri kena banjir sampai tingkat 3. pastu dia bimbang takut nanti ibu dgn ayah lmas dlm banjir. he he he. lawakla adik ayu.
pastu hantar mkanan kucing kat rumah nenek. nenek tak da kat rumah. dia kat rumah maklong. lpas bagi kucing mkn kita pun trus balik. sampai rumah trus tidur dgn comel. sampai dkat maghrib. mlm gi rumah cikup. nak bagitau atuk psal sakit makuda. mulala drama sebabak. ok la.
bila kita sakit wajarla sdih. tapi life goes on. trima jela seadanya. insya allh sabtu ni kita gi kl. ziarah mak uda. semoga selamat semuanya. aminnnnnnnnnnnnnnnnn

Friday, February 5, 2010

kisah kasih

hari ini kakak call dri us. Hai rindunya dgn anak dara yang sorang ni. Tapi hati tak puas sbb tak dpt berbicara dgn jelas. Sayup2 pun ok la. Dapt jugak melepas rindu. Line kat rumah ntah bila la nak dapat. Sabar jela nampaknya.
Kakak cakap dia nak cri kerja part-time. Bolehke dia study smbil kerja. Tapi aku kena yakin dgn dia. Dulu pun masa aku skolah dulu, aku pun kerja jugak. gi menoreh, kerja petik kopi, kerja kat kbun nenas, kerja kat ladang cili. Semua kerja di buat dgn mengerah tenaga tulang 4 kerat. Masa tu la timbul semangat nak belajar bersungguh2. Nanati bila dah besar tak nak kerja teruk2 cam tu. Di bawah sinaran terik matahari. Kalau warna kulit jangan cakap la. Dah macam dayang senandung dah. hitam pekat berkilat. Adik2 ku pun mcm tu gak dulu. Sampaikan masa adik aku masuk itm dulu aku menangis dlm hati. Bangga rupanya kitaorang ni bijak cuma kesempatan tak da. sedih jugak sebab aku tak berpeluang merasa apa yang adik ku rasa. Namun tersemat dlm hati untuk beazam mendidik anak sebaik mungkin agar ank2 tidak merasa apa yang aku rasa. Jadi bila kakak call ckp nak kerja sambilan, kupujuk hati aku kna percaya pada dia sebagaimana aku percaya pada diri ku sendiri dulu. Hrp dgn pengalaman yg di peroleh nanti dia akan lbih berazam untuk berjaya. Hrp anak ku berjaya mengharungi segala kepahitan di bumi orang. Hrp dia bersbr dgn kerenah rkn2nya kerana dia harus ingat rambut sama hitam hati lain2. Kehidupan anak2ku diharap lbih baik dari apa yg pernah aku lalui dulu.
Sedih rasa hati bila yg jauh bersedih, bila yang dekat menangis. i feel helpless. Rasanya jiwaku dah terbang kearah anak-anak ku. YaAllah kau lindungilah anak-anakku. Wahai yang maha mendengar dan mengetahui setiap rahsia alam perkenankanlah doa hambamu ini. Tiada lain aku meminta selain dari Mu ya Allah. amin ya Rabbal alamin.