Wednesday, December 30, 2009

napa tak leh tido

jam sudah menunjukkan pukul3 pagi. hai ingat pulak lagu p. ramlee, pukul 3 pagi tidurlah intan. tapi mata ni tak leh nak tido. makin terang plak. padan muka sapa suruh tido siang. kan dah tak boleh tido. moral of the story is jangan tido siang

Friday, December 25, 2009

Mesin Basuh Baru Atuk

Kami balik kampung pada hari khamis sebelum krismas. Balilk dari kerja ,masak & makan. Pastu kita trus bertolak. Apala laki aku ni. Badan aku penat2 pun dia ajak balik gak. Malas nak bising. Ikut je la. Sampai rumah atuk pukul 8.30 malam. Kita balik memang tak britau sesapa pun. Termasuk atuk. Bila dah sampai apa lagi bermulala cerita penglipur lara yang disertai airmata. Alamakkkkkkkkkkkkkkkkk. Dengar jelah. Pastu atuk mengadu mesin basuh out of order. Berapa kali da nak rosak. tiap kali rosak kena duit lagi. 10 kali rosak dah dapat mesin basuh baru. Aku cakap dgn laki aku tak yah repair bli je yang baru. Malas nak pikir. Kita ni dahla jauh. Nak ajak duk dgn kita tak mau. Daripada kita susah hati fikir dia kat sana baik aku bli baru. Kopak duit pun hati senang. Ada aku kesah . Mak dia kan duit pun duit dia. Nak harapkan adik beradik yg lain? Memanjang tak de duit. Dia tak tau kata2 tu doa. Tak pa la biar aku berkorban walaupun sebenarnya bajet tu x ada. So, hari krismas dihabiskan dengan bli mesin baru atuk fully auto rm780.00. Gi pasar cari lauk tuk pti ais atuk rm100+. Bli grocery tuk atuk rm100- and cabut gigi atuk rm 30.00. Di samping duit kocek Atuk rm100.00. Totalnya adalah rm1000+. Bila mesin basuh datang laki aku sebuk la pasang plak. Mulanya dia suruh pak tam dtg buat paip ke apa ke. Tapi sampai ke sudah btg hidung pun tak nmpk. Laki aku jugak buat semuanya. Tapi time mak nak gi cabut gigi plak dia datang. bini dia ikut gi bwk atuk cabut gigi. Aku dah pnat kehulu hilir, masak then aku nak regangkan badan. Pastu kitaorang kemas2 balik. Atuk marah napa nak balik cepat sebab esok tak kerja. Tapi aku malas nak jadi hipkrit lama2. Malas nak mengadap muka si judin. Tak da hati prut. Daripada aku sakit hati baik aku balik cepat. Lagipun janji laki aku satu malam saja. So baju pun bwk sehaeli saja sorang. Aku pun tak tau napa laki aku tak mintak stay semalam lagi. Walaupun atuk dah bebel2 napa cepat balik dia terus gi mandi, tukar baju dan trus masuk kereta. Mungkin dia penat. Sian laki aku. Tapi aku dah puas atuk dapat mesin baru.

Tuesday, December 22, 2009

sian comel ibu


ari ni si comel ikut kami gi kedai jual buku. dia seronok sangat xplore kedai buku kat bilik kh tu. dia ronda sana, ronda sini. tak reti duduk diam. habis misai dia penuh dengan sawang. tapak kaki pun dah jadi hitam. bulu warna putih pun dah jadi kelabu asap. masyaAllah comotnya si comel ibuuuuuuuuuuuuuuu. cakap dgn abang balik ni mesti kna mandikan dia. so kita pun mandikanlah si comel tu. mmmmmmmmmmmmmmmmm. wanginya bau syampoo comel. tapi dia buat sikap ala-ala merajuk la. tak nak di lap. duduk bawah katil. tak bagi orang kacau dia. pas tu asik tido je. agaknya pnat gi kerja dgn ibu. siannnnnnnn comel. ayah kata esok kna bwk lagi. tapi kita tak nak bwk sbb nanti dia jadi comot lagi. biar dia duduk rumah dgn ayah. biar dia makan tido makan tido smpai gmok cam ayah. kan comel sayang ibu bushuk bushuk.

Monday, December 14, 2009

Kem Motivasi

Hari ini anak bujang ibu pergi ke kem motivasi di desaru. Bertolak pukul 11.30 pagi. Dia call pada jam 1.00 ptg la lbih kurang dah selamat sampai. Katanya penginapan di aturkan di Chalet. Mula2 dia menyuarakan tak cukup baju t. mungkin aktvt di adakan di tepi pantai katanya. Ibu cakap kalau gi pantai gunalah baju yang sama. So tak pyh la guna baju bnyk2. Dia kata ok la. Pastu around pukul 3 dia call. Katanya bosan gila sampai nak menangis. Ahak ahak nak menangis la pulak anak aku ni. Adik dan ayah mula bersimpati yang melimpah ruah. Ibu buat dek je. Malas nak layan. Menjelang petang dia tak da plak call lagi. Mungkin xtvt telah berjalan. So tak da la bosan sangat. Aik! baru gi Desaru dah boring gila. Takkanlah nak duduk celah ketiak ibu je memanjangkan. Sekurang2nya dia tau erti bosan, rindu dan macam2 lagila. Hai anak-anak. Harap muka je hencem tapi masya allah manja kalah budak tadika. He he he he

Tuesday, December 8, 2009

sudah lama tak posting. almaklum sajalah majlis kawn di sana sini. semalam kakak ym dgn ayah. minta ibu deletekan dak mukhlis dari fb ibu. ibu pun ta tahu camna dak tu boleh add ibu. tetiba je dia muncul. mungkin ke adik atau abang yg approve? Entahlah. Malas nak fikir. The damage had been done. So ibu delete je lah fb ibu sekali. Itupun sbb mlas nak fkir apa2 lagi. Harap semuanya berpuas hati dan tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.
Ibu pernah mengalami krisis keyakinan ketika remaja. Seorang yang warak. Tak pernah tinggal sembahyang. Tetapi hati selalu tak tenang. Terkadang mempersoalkan kenapa begitu kenapa begini. Dan selalunya akan bertaubat bila puas menangis dan persoalan tetap tidak berjawab kerana jawaban yang selalu didapati adalh klise. Selepas spm ibu merantau bekerja. Cari duit sendiri, duduk rumah sewa sendiri dan pandai2lah nak budget duit makan ke apa ke. Semua tanggung sendiri. Hinggalah satu hari ibu menemui jawapan kepada persoalan yg bermain2 di fikiran. Astaghfirullahalazim. Betapa jawapan itu semuanya ada dalam diriku sendiri. Maka ibu terjumpalah satu ayat awaluddin makrifatullah. Awal agama mengenal Allah. Bagaimana kita nak kenal Allah. Untuk mengenal Allah kita kna kenal diri bila kenal diri maka binasalah diri. Mulanya hati bercelaru takkan nak musnahkan diri sendiri. Tak gunalah kenal Dia kalau diri dah tak ada. Rupanya inilah gunanya kita belajar sastera dulu. Bila kita dah kenal semua jadi indah. InsyaAllah next posting kita cerita pulak pasal benda lain.

Friday, November 6, 2009

beli kasut baru





Semalam ayah ajak ibu gi jusco permas jaya. Saja jalan2 cari makan. Sambil tu kita cuci mata la kat Jusco tu. Tapi tak da offer atau harga runtuh la. Hish tak best btulla. Ingatkan bolehla bli baju sehelai dua ke. Hampeh.............

Tapi tak berapa nak hampeh la bila ayah dpt jugak bli sandal tuk dia. Pastu kita jalan2 pusing2 . Sampaila kat kdai kasut wanita. Ceh! mata ku sudah tangkap satu kasut yg cantik menarik di mata. Tapi x leh nak xcited sangat sbb takut hajat tak sampai. Apalagi kalau bukan masalah saiz. Selalunya kalau nak bli kasut itulah masalah terbesar nya pun. Tapi kali ini harapan ku tak kecewa lagi. I got the perfect size. Mesti mksu jelezzzzzzz. Harga kasut ayah tolong bayarkan . He he he he........... terimakasih sayang.

Tu la dia kerja ibu ayah sekarang. Kejap jalan sana, esok jalan sini baru sampai rumah dah rncg nak jln mna lagi. Sampaikan ibu mintak tolong dgn ayh hari ni tak nak jalan boleh tak. Tapi selalu jln rumah makndak je. Sebab makndak skrg ada projek besar. Esok mak su blik. Nak tyg kasut baru kat maksu. Nak bagi mksu jelezzz kat kaki kartun dia tu heheheheheeh.............

Monday, November 2, 2009

comel oh comel



sejak anak2 dah besar dan belajar pulak dah jauh2 ni, kehidupan berkisar seprti biasa. Kat rumah tinggal ibu ayah abang and comel. xtvt kat rumah setiap hari dok menyembang suami isteri. Abang plak bz dgn kfc nya. Nasib bek ada si comel. Dialah penghibur peneman waktu boring2. Tapi dia kuat tido waktu siang. Suka kacau ia tidur. Setiap kali diusik tiap kali tu juga la posisi tidur dia berubah. tergolek ke kanan terlentang kekiri kekadang meringkuk kesejukan kalau aircon kuat sikit. Ha ha ha kalau nak tau si Comel tidur guna aircon. Kang bila dah mlm sikit dia bangunla. Masa kita nak tidur dia berxtvt la plak. Lari sana sini. Dia happy sngt bila dpt lipas. Tapi yg tak bestnya dia bwk lipas tu tunjuk kat kita atas katil.
Lagi satu comei ni dia suka sepahkan rumah. janganla jumpa kotak tisu, habis terburai semua digigitnya. Suratkhabar pun tak leh nampak. Alamatnya satu rumah la cebisan suratkhabar. Kalau adik ayu ada mesti dia jeles. Dia boring je bila ibu tak mrh comel. Dia kata kalau adik ayu buat mesti ibu dah mrah. Itu sudah tentu. Hilang akal ke adik ayu nak wat cam comel.He he he he.... dik Ayu ni dengan comel pun nak jeles.
Si comel ni kalau mkn nak bersuap. Kalau tak suap tak mau dia makan. Dia jilat2 je. Tapi dia mkn tak susah. Ikan rbus je. Favourite dia udang. Tapi ayah kata tak leh selalu. Nanti ayah tak dapt. Hobi comel yang terbaru ialah duduk atas tv. Nanti ekor dia terjuntai2 kat skrin tv. Abang kata ekor comel buat sebok je. Comel juga suka kacau ibu kmas rumah. kalau ibu sapu sampah masa tula dia duk atas sampah yang kita nak sapu. Kadang dia gigit lak penyapu. Layan jela. Tapi kalau Adik Ayu ada tak leh manjakan comel sangat nanti adik ayu dendam dgn comel. Dia ckp kau punya psal ibu mrah aku tau. He he he he sian comel. Kna marah. Tapi tetap dia wat derk je. Dah nama pun kucing. Mana la dia kesah. Kan comel kan. Sayang ggggggggggggg comei.

Thursday, October 22, 2009

anak buah kawin




jumaat 15 oktober 2009. anak bujang sedara tlah slamt di nikahkan di masjid kat kampung. adik ayu jadi juru kamera. selamatla si mamat dah jadi suami orang. ibu rasa bimbang gak la dgn masa dpan mereka. ya la dengan pengantin lelaki yang jobless. camana la nak tanggung bini. Harap2 bila dah ada bini ni semuanya akan berubah dan menjadi lebih baik. Bila citr psl kawin mawin ni ingat plak kat ank dara yang jauh di mata. Jadi ke dia nak kawin kat us tu. Harap2 jangan la dulu. Belajar pun atas blas ikhsan orang. Jangan salahgunakan ikhsan yang diberi tau. Itu jela buat masa ni. See u at the next posting.

Thursday, October 8, 2009

hafiz


semalam gi rumah makndak. saja lah nak hilangkan boring. unfotunately makndak tak ada laaaaa. dia pergi marhaban. so, suami dan anak2 la yang melayan kami berbual. si hafiz asik klua masuk klua masuk memperatikan kita. kita dah ckp dgn dia kita dah bayar rm900.00 untuk bli kucing dia yang dah lawa. tu yang dia glisah je tu. masa nak balik kita tanya dia camna dhn kucing yg nak di jual tu. dia tanya dgn abang dia si hakim. abang dia ckp tak jual. then hafiz pun ikut cakap tak jual. hai hafiz .................hafiz.. takut sangat kita ambik kucing dia yang pewot muncit tuh. he he he he

Wednesday, October 7, 2009

kerja


hari ini cerah
hari ini indah
sang suria senyum merekah
menyapa hati yang gundah
demi menyahut seruan
tugas mesti diselesaikan
kerana dia berkata
pergilah
hanya untuk 2 jam

Sunday, September 27, 2009

selamat hari raya


pd 20 septembr 2009 umat islam di malaysia telah menyambut raya. ibu tahun ni beraya di rumah sndiri. pagi raya baru balik kampung. Itupun dah tengahari. Petang baru sampai ke rumah ibu mertuaku. Sehari suntuk kitorng beraya. Malam baru sampai rumah nenek. tapi raya tahun ni tak best sangat kot sebab abang kerja, kakak lak beraya jauh nun di US. Hati ibu dan adik pulak dah ada dirumah baru. Rumah ni skrg ada je yg tak kna. Pam tandas rosak la. Paip bocorla dan macam2lagila. Macam tak sabar2 nak halau kitorang. akhirnya kita tak buat apa2pun raya ni. Lantak pi la. Malals nak urus. Sapa datang raya tu, nasibla. Bergantung pada rezeki masing2. Ada rezeki adala. Kalau tak da buat dek jela. Dah tak kuasa nak beria-ia. Sebenarnya raya sehari je kan. Itupun kerana menyambut kemenangan sebulan berpuasa. Walau apa pun syawal ttp menjelama.
Dapat lagi ke kita berpuasa lagi tahun depan.
Insya Allah jika panjang umur murah razeki kita beremu ramadan lagi. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA DAY MALAYSIA 52


Hari ini adalah hari kemerdekaan Malaysia yg ke 52. Semoga negara kita aman damai dan maju jaya. MEDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Friday, August 28, 2009

Hari Alam Sekitar















16 ogos yang lepas perumahan kami jadi tuan rumah aktvt alam sekitar. Ibu di tugaskan jadi pengerusi seranta. Tugasnya buat banner, backdrop mengedarkan flyers di kawasan kejiranan kami. Acara pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan memasak kari kepala ikan yang disertai oleh suami tersayang.

Friday, August 7, 2009

first post

Bismillahirahmanirrahim.
Ini adalah entry pertama yang saya buat untuk my dear blog ni. Cuma nak release tension je. Tapi tak pulak tension ari ni. Lain kali lah kita buat entry yg best. Buat masa skrg nak mandi dulu. Mana la tau pas ni kot dtg ilham plak