Friday, December 25, 2009

Mesin Basuh Baru Atuk

Kami balik kampung pada hari khamis sebelum krismas. Balilk dari kerja ,masak & makan. Pastu kita trus bertolak. Apala laki aku ni. Badan aku penat2 pun dia ajak balik gak. Malas nak bising. Ikut je la. Sampai rumah atuk pukul 8.30 malam. Kita balik memang tak britau sesapa pun. Termasuk atuk. Bila dah sampai apa lagi bermulala cerita penglipur lara yang disertai airmata. Alamakkkkkkkkkkkkkkkkk. Dengar jelah. Pastu atuk mengadu mesin basuh out of order. Berapa kali da nak rosak. tiap kali rosak kena duit lagi. 10 kali rosak dah dapat mesin basuh baru. Aku cakap dgn laki aku tak yah repair bli je yang baru. Malas nak pikir. Kita ni dahla jauh. Nak ajak duk dgn kita tak mau. Daripada kita susah hati fikir dia kat sana baik aku bli baru. Kopak duit pun hati senang. Ada aku kesah . Mak dia kan duit pun duit dia. Nak harapkan adik beradik yg lain? Memanjang tak de duit. Dia tak tau kata2 tu doa. Tak pa la biar aku berkorban walaupun sebenarnya bajet tu x ada. So, hari krismas dihabiskan dengan bli mesin baru atuk fully auto rm780.00. Gi pasar cari lauk tuk pti ais atuk rm100+. Bli grocery tuk atuk rm100- and cabut gigi atuk rm 30.00. Di samping duit kocek Atuk rm100.00. Totalnya adalah rm1000+. Bila mesin basuh datang laki aku sebuk la pasang plak. Mulanya dia suruh pak tam dtg buat paip ke apa ke. Tapi sampai ke sudah btg hidung pun tak nmpk. Laki aku jugak buat semuanya. Tapi time mak nak gi cabut gigi plak dia datang. bini dia ikut gi bwk atuk cabut gigi. Aku dah pnat kehulu hilir, masak then aku nak regangkan badan. Pastu kitaorang kemas2 balik. Atuk marah napa nak balik cepat sebab esok tak kerja. Tapi aku malas nak jadi hipkrit lama2. Malas nak mengadap muka si judin. Tak da hati prut. Daripada aku sakit hati baik aku balik cepat. Lagipun janji laki aku satu malam saja. So baju pun bwk sehaeli saja sorang. Aku pun tak tau napa laki aku tak mintak stay semalam lagi. Walaupun atuk dah bebel2 napa cepat balik dia terus gi mandi, tukar baju dan trus masuk kereta. Mungkin dia penat. Sian laki aku. Tapi aku dah puas atuk dapat mesin baru.

No comments:

Post a Comment