Wednesday, December 30, 2009

napa tak leh tido

jam sudah menunjukkan pukul3 pagi. hai ingat pulak lagu p. ramlee, pukul 3 pagi tidurlah intan. tapi mata ni tak leh nak tido. makin terang plak. padan muka sapa suruh tido siang. kan dah tak boleh tido. moral of the story is jangan tido siang

Friday, December 25, 2009

Mesin Basuh Baru Atuk

Kami balik kampung pada hari khamis sebelum krismas. Balilk dari kerja ,masak & makan. Pastu kita trus bertolak. Apala laki aku ni. Badan aku penat2 pun dia ajak balik gak. Malas nak bising. Ikut je la. Sampai rumah atuk pukul 8.30 malam. Kita balik memang tak britau sesapa pun. Termasuk atuk. Bila dah sampai apa lagi bermulala cerita penglipur lara yang disertai airmata. Alamakkkkkkkkkkkkkkkkk. Dengar jelah. Pastu atuk mengadu mesin basuh out of order. Berapa kali da nak rosak. tiap kali rosak kena duit lagi. 10 kali rosak dah dapat mesin basuh baru. Aku cakap dgn laki aku tak yah repair bli je yang baru. Malas nak pikir. Kita ni dahla jauh. Nak ajak duk dgn kita tak mau. Daripada kita susah hati fikir dia kat sana baik aku bli baru. Kopak duit pun hati senang. Ada aku kesah . Mak dia kan duit pun duit dia. Nak harapkan adik beradik yg lain? Memanjang tak de duit. Dia tak tau kata2 tu doa. Tak pa la biar aku berkorban walaupun sebenarnya bajet tu x ada. So, hari krismas dihabiskan dengan bli mesin baru atuk fully auto rm780.00. Gi pasar cari lauk tuk pti ais atuk rm100+. Bli grocery tuk atuk rm100- and cabut gigi atuk rm 30.00. Di samping duit kocek Atuk rm100.00. Totalnya adalah rm1000+. Bila mesin basuh datang laki aku sebuk la pasang plak. Mulanya dia suruh pak tam dtg buat paip ke apa ke. Tapi sampai ke sudah btg hidung pun tak nmpk. Laki aku jugak buat semuanya. Tapi time mak nak gi cabut gigi plak dia datang. bini dia ikut gi bwk atuk cabut gigi. Aku dah pnat kehulu hilir, masak then aku nak regangkan badan. Pastu kitaorang kemas2 balik. Atuk marah napa nak balik cepat sebab esok tak kerja. Tapi aku malas nak jadi hipkrit lama2. Malas nak mengadap muka si judin. Tak da hati prut. Daripada aku sakit hati baik aku balik cepat. Lagipun janji laki aku satu malam saja. So baju pun bwk sehaeli saja sorang. Aku pun tak tau napa laki aku tak mintak stay semalam lagi. Walaupun atuk dah bebel2 napa cepat balik dia terus gi mandi, tukar baju dan trus masuk kereta. Mungkin dia penat. Sian laki aku. Tapi aku dah puas atuk dapat mesin baru.

Tuesday, December 22, 2009

sian comel ibu


ari ni si comel ikut kami gi kedai jual buku. dia seronok sangat xplore kedai buku kat bilik kh tu. dia ronda sana, ronda sini. tak reti duduk diam. habis misai dia penuh dengan sawang. tapak kaki pun dah jadi hitam. bulu warna putih pun dah jadi kelabu asap. masyaAllah comotnya si comel ibuuuuuuuuuuuuuuu. cakap dgn abang balik ni mesti kna mandikan dia. so kita pun mandikanlah si comel tu. mmmmmmmmmmmmmmmmm. wanginya bau syampoo comel. tapi dia buat sikap ala-ala merajuk la. tak nak di lap. duduk bawah katil. tak bagi orang kacau dia. pas tu asik tido je. agaknya pnat gi kerja dgn ibu. siannnnnnnn comel. ayah kata esok kna bwk lagi. tapi kita tak nak bwk sbb nanti dia jadi comot lagi. biar dia duduk rumah dgn ayah. biar dia makan tido makan tido smpai gmok cam ayah. kan comel sayang ibu bushuk bushuk.

Monday, December 14, 2009

Kem Motivasi

Hari ini anak bujang ibu pergi ke kem motivasi di desaru. Bertolak pukul 11.30 pagi. Dia call pada jam 1.00 ptg la lbih kurang dah selamat sampai. Katanya penginapan di aturkan di Chalet. Mula2 dia menyuarakan tak cukup baju t. mungkin aktvt di adakan di tepi pantai katanya. Ibu cakap kalau gi pantai gunalah baju yang sama. So tak pyh la guna baju bnyk2. Dia kata ok la. Pastu around pukul 3 dia call. Katanya bosan gila sampai nak menangis. Ahak ahak nak menangis la pulak anak aku ni. Adik dan ayah mula bersimpati yang melimpah ruah. Ibu buat dek je. Malas nak layan. Menjelang petang dia tak da plak call lagi. Mungkin xtvt telah berjalan. So tak da la bosan sangat. Aik! baru gi Desaru dah boring gila. Takkanlah nak duduk celah ketiak ibu je memanjangkan. Sekurang2nya dia tau erti bosan, rindu dan macam2 lagila. Hai anak-anak. Harap muka je hencem tapi masya allah manja kalah budak tadika. He he he he

Tuesday, December 8, 2009

sudah lama tak posting. almaklum sajalah majlis kawn di sana sini. semalam kakak ym dgn ayah. minta ibu deletekan dak mukhlis dari fb ibu. ibu pun ta tahu camna dak tu boleh add ibu. tetiba je dia muncul. mungkin ke adik atau abang yg approve? Entahlah. Malas nak fikir. The damage had been done. So ibu delete je lah fb ibu sekali. Itupun sbb mlas nak fkir apa2 lagi. Harap semuanya berpuas hati dan tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.
Ibu pernah mengalami krisis keyakinan ketika remaja. Seorang yang warak. Tak pernah tinggal sembahyang. Tetapi hati selalu tak tenang. Terkadang mempersoalkan kenapa begitu kenapa begini. Dan selalunya akan bertaubat bila puas menangis dan persoalan tetap tidak berjawab kerana jawaban yang selalu didapati adalh klise. Selepas spm ibu merantau bekerja. Cari duit sendiri, duduk rumah sewa sendiri dan pandai2lah nak budget duit makan ke apa ke. Semua tanggung sendiri. Hinggalah satu hari ibu menemui jawapan kepada persoalan yg bermain2 di fikiran. Astaghfirullahalazim. Betapa jawapan itu semuanya ada dalam diriku sendiri. Maka ibu terjumpalah satu ayat awaluddin makrifatullah. Awal agama mengenal Allah. Bagaimana kita nak kenal Allah. Untuk mengenal Allah kita kna kenal diri bila kenal diri maka binasalah diri. Mulanya hati bercelaru takkan nak musnahkan diri sendiri. Tak gunalah kenal Dia kalau diri dah tak ada. Rupanya inilah gunanya kita belajar sastera dulu. Bila kita dah kenal semua jadi indah. InsyaAllah next posting kita cerita pulak pasal benda lain.