Tuesday, December 8, 2009

sudah lama tak posting. almaklum sajalah majlis kawn di sana sini. semalam kakak ym dgn ayah. minta ibu deletekan dak mukhlis dari fb ibu. ibu pun ta tahu camna dak tu boleh add ibu. tetiba je dia muncul. mungkin ke adik atau abang yg approve? Entahlah. Malas nak fikir. The damage had been done. So ibu delete je lah fb ibu sekali. Itupun sbb mlas nak fkir apa2 lagi. Harap semuanya berpuas hati dan tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.
Ibu pernah mengalami krisis keyakinan ketika remaja. Seorang yang warak. Tak pernah tinggal sembahyang. Tetapi hati selalu tak tenang. Terkadang mempersoalkan kenapa begitu kenapa begini. Dan selalunya akan bertaubat bila puas menangis dan persoalan tetap tidak berjawab kerana jawaban yang selalu didapati adalh klise. Selepas spm ibu merantau bekerja. Cari duit sendiri, duduk rumah sewa sendiri dan pandai2lah nak budget duit makan ke apa ke. Semua tanggung sendiri. Hinggalah satu hari ibu menemui jawapan kepada persoalan yg bermain2 di fikiran. Astaghfirullahalazim. Betapa jawapan itu semuanya ada dalam diriku sendiri. Maka ibu terjumpalah satu ayat awaluddin makrifatullah. Awal agama mengenal Allah. Bagaimana kita nak kenal Allah. Untuk mengenal Allah kita kna kenal diri bila kenal diri maka binasalah diri. Mulanya hati bercelaru takkan nak musnahkan diri sendiri. Tak gunalah kenal Dia kalau diri dah tak ada. Rupanya inilah gunanya kita belajar sastera dulu. Bila kita dah kenal semua jadi indah. InsyaAllah next posting kita cerita pulak pasal benda lain.

No comments:

Post a Comment