Friday, February 5, 2010

kisah kasih

hari ini kakak call dri us. Hai rindunya dgn anak dara yang sorang ni. Tapi hati tak puas sbb tak dpt berbicara dgn jelas. Sayup2 pun ok la. Dapt jugak melepas rindu. Line kat rumah ntah bila la nak dapat. Sabar jela nampaknya.
Kakak cakap dia nak cri kerja part-time. Bolehke dia study smbil kerja. Tapi aku kena yakin dgn dia. Dulu pun masa aku skolah dulu, aku pun kerja jugak. gi menoreh, kerja petik kopi, kerja kat kbun nenas, kerja kat ladang cili. Semua kerja di buat dgn mengerah tenaga tulang 4 kerat. Masa tu la timbul semangat nak belajar bersungguh2. Nanati bila dah besar tak nak kerja teruk2 cam tu. Di bawah sinaran terik matahari. Kalau warna kulit jangan cakap la. Dah macam dayang senandung dah. hitam pekat berkilat. Adik2 ku pun mcm tu gak dulu. Sampaikan masa adik aku masuk itm dulu aku menangis dlm hati. Bangga rupanya kitaorang ni bijak cuma kesempatan tak da. sedih jugak sebab aku tak berpeluang merasa apa yang adik ku rasa. Namun tersemat dlm hati untuk beazam mendidik anak sebaik mungkin agar ank2 tidak merasa apa yang aku rasa. Jadi bila kakak call ckp nak kerja sambilan, kupujuk hati aku kna percaya pada dia sebagaimana aku percaya pada diri ku sendiri dulu. Hrp dgn pengalaman yg di peroleh nanti dia akan lbih berazam untuk berjaya. Hrp anak ku berjaya mengharungi segala kepahitan di bumi orang. Hrp dia bersbr dgn kerenah rkn2nya kerana dia harus ingat rambut sama hitam hati lain2. Kehidupan anak2ku diharap lbih baik dari apa yg pernah aku lalui dulu.
Sedih rasa hati bila yg jauh bersedih, bila yang dekat menangis. i feel helpless. Rasanya jiwaku dah terbang kearah anak-anak ku. YaAllah kau lindungilah anak-anakku. Wahai yang maha mendengar dan mengetahui setiap rahsia alam perkenankanlah doa hambamu ini. Tiada lain aku meminta selain dari Mu ya Allah. amin ya Rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment